Indonesia sedia jadi tuan rumah MotoGP di Lombok  


Kepulauan Lombok pernah digegaskan dengan gempa bumi yang menyebabkan 500 orang terbunuh tahun lalu. – Gambar EPA, 22 Februari, 2019

INDONESIA sedia menganjurkan perlumbaan jalanan MotoGP bermula 2021 di pulau Lombok, yang pernah digegarkan dengan gempa bumi tahun lalu, kata agensi pelancongan negara itu.

Projek berkenaan dibuat bagi membantu Lombok, yang merupakan salah satu lokasi indah bersebelahan Bali, untuk pulih daripada bencana gempa bumi yang menyebabkan 500 orang terbunuh pada Julai dan Ogos lalu, kata seorang pegawai kerajaan.

Perlumbaan itu akan berlangsung di litar baharu yang dilaporkan sepanjang 4.32 kilometer dan memiliki 18 selekoh serta keluasannya dua kali ganda berbanding jalan raya.

Perjanjian selama tiga tahun dicapai dengan promoter MotoGP Dorna Sports dan Lembaga Pembangunan Pelancongan Indonesia, iautu sebuah agensi yang disokong kerajaan.

“Kawasan ini akan diwartakan sebagai destinasi pelancongan sukan dan rancangan untuk membina litar MotoGP menjelang 2021,” kata jurucakap kementerian pelancongan Guntur Sakti kepada AFP. – AFP, 22 Februari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen