Zakir Naik tiada tauliah mengajar di Pulau Pinang, kata timbalan ketua menteri


Looi Sue-Chern

Pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik tiada tauliah mengajar di Pulau Pinang dan masih tidak permohonan untuknya, kata Timbalan Ketua Menteri I Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Februari, 2019.

PENDAKWAH kontroversi yang popular, Dr Zakir Naik tidak mempunyai tauliah untuk berceramah atau mengajar agama di Pulau Pinang.

Penceramah Islam, yang mahu berceramah, mengajar atau berucap tentang agama di negeri itu, perlu memohon kebenaran Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP).

Timbalan Ketua Menteri I Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata Zakir tidak menghantar permohonan yang akan dipertimbangkan berdasarkan kes.

“Dia tak ada tauliah untuk berceramah di negeri ini. Dia perlu mula-mula memohon kepada pihak berkuasa agama negeri. Dia masih tak buat begitu.

“Penceramah perlu kebenaran pihak berkuasa sebelum berceramah di Pulau Pinang,” katanya ketika diminta mengulas tentang rancangan sebuah kumpulan Islam tempatan mahu membawa Zakir ke negeri itu.

Syarat untuk mendapat tauliah tersebut adalah ajaran atau ucapan Islam perlulah selari dan tidak bertentangan dengan ajaran Sunnah Wal Jamaah, tidak menyinggung mana-mana kaum, agama, budaya atau amalan budaya penduduk tempatan yang boleh mencetuskan ketegangan kaum dan budaya.

Semalam, Malaysiakini melaporkan yang Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menolak permohonan Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa untuk menempah Stadium Bandaraya untuk program menampilkan Zakir.

Surat penolakan yang ditandatangani oleh Pengarah Khidmat Kemasyarakatan Rashidah Jalaludin bertarikh 13 Februari menyatakan permohonan pertubuhan itu “tidak dapat dipertimbangkan.” – 22 Februari, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen