Syarikat AS hentikan penjualan peralatan China untuk pangkalan data Uighur


Seorang wanita berdoa di perhimpunan menyokong Uighur China di Banda Aceh, Indonesia Disember lalu. - Gambar EPA, 22 Februari 2019.

PENGILANG bioteknologi Amerika Syarikat (AS) Thermo Fisher semalam mengumumkan akan berhenti menjual peralatan China yang digunakan untuk membuat pangkalan data DNA bagi minoriti Uighur.

Sejak 2016 terdapat laporan tetap mengenai pihak berkuasa China mengambil sampel darah di rantau Xinjiang.

Xinjiang kawasan sebahagian besar etnik minority Uighur di China dan di bawah pengawasan polis pada tahun kebelakangan ini setelah berlakunya ketegangan antara kaum yang ganas.

The New York Times berkata, pegawai China membentangkan ujian darah sebagai sebahagian program pemeriksaan kesihatan percuma.

Seramai 36 juta orang mengambil, menurut agensi berita Xinhua.

Pada musim bunga 2017 Human Rights Watch berkata, China ada membuat tempahan peralatan untuk meningkatkan keupayaan penjujukan DNA yang mana jurnal saintifik AS mengesahkan Thermo Fisher sebagai pembekal.

Semalam mengikut laporan di NYT menyatakan Thermo Fisher tidak akan lagi menjual peralatan di Xinjiang.

“Sebagai peneraju dunia dalam bidang sains, kami menyedari pentingnya mempertimbangkan produk dan perkhidmatan kami digunakan atau mungkin digunakan oleh pelanggan kami,” kata jurucakap syarikat kepada AFP.

Walaupun profil awamnya rendah, Thermo Fisher merupakan peralatan sains gergasi dengan pendapatan RM99 bilion pada tahun lepas. – AFP, 22 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen