56 juta kertas undi pilihan raya Thailand siap dicetak 8 Mac


SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) Thailand menjangkakan 56 juta kertas undi akan siap dicetak menjelang 8 Mac, sebelum bermulanya proses pengundian awal dan undi pos, lapor agensi berita Thailand (TNA).

Timbalan Setiausaha Agung SPR Krit Auawong berkata dua syarikat percetakan telah dilantik bagi menjalankan tugas itu.

Katanya, sebaik kertas undi siap ia akan mula dihantar di saluran pengundian awal dan kepada pengundi di luar negara.

Kertas undi mempunyai perbezaan warna bagi setiap wilayah. SPR menggunakan kaedah tera air dan ciri keselamatan yang ketat bagi melindungi kertas undi daripada diciplak. – Bernama, 22 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen