7 pelombong maut tanah runtuh di Peru


Insiden tanah runtuh akibat hujan lebat di sebuah kem di wilayah Puno di sempadan Peru dan Bolivia menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh pelombong maut. – Gambar Facebook, 22 Februari, 2019.

INSIDEN tanah runtuh akibat hujan lebat di sebuah kem di wilayah Puno di sempadan Peru dan Bolivia menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh pelombong maut.

Lokasi kem itu di kawasan terpencil, yang dipercayai dibina tanpa kebenaran, menyukarkan usaha menyelamat oleh anggota bomba dan polis.

Kejadian disyaki berlaku pada Selasa lalu, sebelum maklumat mengenainya didedahkan pihak berkuasa semalam.

“Kami berjaya menemui tujuh mayat mangsa dan terdapat kira-kira 50 rumah di kem itu,” kata Datuk Bandar Fabian Vargas.

Pada masa ini, ada beberapa kem dibina secara haram di wilayah itu, oleh pelombong yang mahu mendapatkan emas.

Sementara itu, perkhidmatan kecemasan Peru berkata, tentera dan polis masih meneruskan operasi mengenai mangsa yang terselamat. – AFP, 22 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen