SEKURANG-KURANGNYA 18 terbunuh apabila sebuah trak yang sarat dengan muatan asid bertembung dengan bas, dan ia jatuh tertumpah ke atas penumpang.
Kemalangan itu berlaku berhampiran perkampungan Fungurume, di tengah-tengah pusat perlombongan tembaga dan kobalt, iaitu antara Lubumbashi dan Kolwezi.
“Sebuah trak membawa asid yang didaftarkan di Tanzania merempuh sebuah bas.
“Insiden itu menyebabkan asid tertumpah ke atas penumpang bas,” kata pegawai polis trafik wilayah Lualaba, Corneille Lwitetele.
Lwitetele berkata 21 mangsa terkorban, manakala 12 lagi cedera, bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Lualaba, Samy Kayombo mendakwa 18 maut dan 12 lagi cedera akibat terbakar.
Rangkaian radio yang dikendalikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Republik Demokratik Congo, Okapi pula melaporkan muatan asid itu masih tertumpah hingga tengah hari semalam, dan ia mengalir sehingga ke Kabwe.
“Lalu lintas pulih seperti biasa di lebuh raya yang sibuk pada lewat malam Rabu,” kata polis. – AFP, 22 Februari, 2019.
Komen