Skim subsidi petrol bersasar dalam bentuk rebat, kata menteri


Sheridan Mahavera

REBAT akan menjadi asas baharu subsidi petrol untuk rakyat berpendapatan rendah bagi mengelakkan berlakunya penyalahgunaan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution Ismail.

Individu yang layak akan menerima kad untuk digunakan setiap kali mengisi petrol RON95.

Pada akhir bulan, 30 sen akan dikreditkan ke dalam akaun bank mereka untuk setiap liter yang dibeli sehingga maksimum 100 liter atau RM30.

“Golongan T20 dan B40 perlu membayar RON95 berdasarkan harga mingguan.

“Bezanya golongan B40 akan mendapat wang pada akhir bulan yang akan disalurkan kerajaan,” katanya.

Isu rumah di Malaysia dikategorikan sebagai berpendapatan rendah atau B40, berpendapatan sederhana M40 dan pendapatan atas T20.

Ia dipecahkan kepada 40 peratus bagi kedua-dua kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana serta 20 peratus untuk golongan berpendapatan tinggi.

Kad yang diberi adalah untuk merekod penggunaan petrol bulanan individu dan akan menentukan berapa banyak akan mereka terima pada akhir bulan itu.

“Katakan jika mereka guna 50 liter petrol, maka rebat diterima sebanyak RM15,” katanya.

Kerajaan akan memasang sistem itu di seluruh negara dan akan mengujinya di beberapa negeri pada Mac.

Pelaksanaan penuh akan dbuat bermula suku kedua tahun ini.

“Kami sedang menambah baik sistem agar penerima tidak perlu memohon subsidi setiap bulan. Kad ini merekod penggunaan bulanan mereka,” katanya.

Sistem subsidi petrol yang disasarkan diumumkan oleh kerajaan dalam Bajet 2019 dan hanya akan diberikan kepada pemilik kereta bukan mewah dengan kapasiti enjin di bawah 1.500cc dan motosikal di bawah 125cc.

New fuel prices will be announced every Wednesday and take effect the next day. The new mechanism is supposed to allow for better pricing. – The Malaysian Insight file pic, April 5, 2017.

Penerima akan menerima maksimum 100 liter sebulan manakala penunggang motosikal akan mendapat 40 liter sebulan.

Subsidi akan menelan belanja RM2 bilion pada 2019 dan dijangka memberi manfaat kepada empat juta pemilik kereta serta 2.6 juta pemilik motosikal.

Subsidi petrol yang disasarkan adalah langkah terbaru kerajaan PH untuk membantu menangani masalah golongan berpendapatan rendah dengan peningkatan kos sarah hidup.

Inisiatif lain termasuk memperluaskan senarai harga barangan dikawal sepanjang tahun dan menghentikan eksport makanan apabila bekalan domestik rendah.

“Kementerian juga menggalakkan rakyat membeli makanan segar dalam talian,” katanya.

Walaupun rakyat Malaysia berbelanja secara atas talian untuk pakaian, produk penjagaan diri, elektronik, barangan tidak mudah rosak dan makanan mereka masih belum biasa membeli makanan segar melalui internet.

Teori ini sama seperti harga barangan bukan makanan yang dijual secara dalam talian boleh dikurangkan kerana peniaga akan menjimatkan kos yang sepatutnya dibelanja untuk sewa, kos buruh dan utiliti lain.

“Amalan ini berkembang pesat di China di mana terdapat peniaga memfokuskan perniagaan untuk makanan segar.

“Oleh itu kita sedang mengkaji cara agar amalan itu dapat diterima di sini,” katanya. – 22 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen