TENTERA Amerika Syarikat (AS) mengekalkan kira-kira 200 anggotanya di Syria selepas Presiden Donald Trump menarik diri daripada negara bergolak itu, kata White House semalam.
“Kumpulan pengaman dalam saiz kecil kira-kira 200 anggota akan kekal di Syria buat sementara waktu,” kata jurucakap White House Sarah Sanders.
Pengumuman itu dibuat ketika ramai pihak mengkritik keputusan Trump menarik balik 2,000 anggota tentera AS dari Syria menjelang 30 April, dengan anggota Republikan menghentam langkah itu.
Pada Disember, Trump mengisytiharkan kemenangannya terhadap militan Islamic State di Syria, walaupun ribuan militan masih ada dan peperangan masih berlaku di kawasan mereka. – AFP, 22 Februari, 2019.
Komen