2 pemberontak berhaluan kiri dibunuh tentera Filipina 


Anggota tentera Filipina menjalankan rondaan di sebuah di wilayah Occidental Mindoro, selatan Filipina.– Gambar EPA, 21 Februari, 2019

TENTERA kerajaan Filipina membunuh dua pemberontak berhaluan kiri dalam pertempuran terbaru di wilayah Occidental Mindoro, selatan Filipina, lapor agensi berita Xinhua memetik jurucakap tentera pada Khamis.

Jurucakap tentera Filipina, Patrick Jay Retumban berkata pertempuran berlaku kira-kira 4.30 pagi ketika tentera menjalankan rondaan di sebuah kampung di wilayah itu.

Retumban berkata pertempuran tercetus selepas menerima maklumat daripada penduduk mengenai kehadiran kira-kira 10 anggota Tentera Rakyat Baru (NPA) di kampung terbabit.

Katanya, tentera turut merampas senapang jenis M16, bom tangan, peralatan perubatan dan barangan peribadi.

NPA, merupakan antara kumpulan pemberontak paling lama di Asia, yang menjadikan kawasan luar bandar sebagai sasaran. – Bernama, 21 Februari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen