Aktivis ditahan selepas polis suraikan perarakan


Penunjuk perasaan berarak ke istana presiden bagi menyerahkan tuntutan mereka menggesa Presiden Omar al-Bashir berundur. – Gambar EPA, 21 Februari, 2019

PASUKAN keselamatan Sudan pada Khamis bertindak menahan beberapa pemimpin pembangkang dan aktivis selepas ratusan penunjuk perasaan cuba berarak ke istana presiden sebelum disuraikan dengan gas pemedih mata, kata saksi.

Penunjuk perasaan itu melaungkan “kebebasan, keamanan, keadilan” tiba di Khartoum namun disekat oleh polis anti rusuhan, kata saksi, dan menambah beberapa peserta perarakan turut ditahan oleh anggota pasukan keselamatan berpakaian preman.

Rabah al-Mahdi dari pembangang utama Parti Umma Kebangsaan berkata, sekurang-kurangnya 26 penyokong dan pemimpin pembangkang ditahan.

Pertubuhan Profesional Sudan yang menganjurkan kempen protes itu menggesa para penunjuk perasaan berarak ke istana dan menyerahkan tuntutan untuk Presiden Omar al-Bashir meletakkan jawatan.

Menurut saksi, anggota polis anti rusuhan menyuraikan perarakan itu dengan tembakan gas pemedih mata sebelum mereka tiba di istana.

Sejak lebih dua bulan lalu, penunjuk perasaan mengadakan siri bantahan terhadap kerajaan Bashir, dan menyalahkan mereka berhubung salah tadbir ekonomi yang membawa kepada inflasi. – AFP, 21 Februari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen