Rakyat Singapura didenda anjur perbincangan awam secara haram di Skype


Seorang lelaki warga Singapura didenda SG$3,200 kerana menganjurkan forum memaparkan aktivis Hong Kong Joshua Wong (gambar) melalui Skype. - Gambar EPA, 21 Februari, 2019.

SEORANG aktivis Singapura didenda kerana menganjurkan perbincangan awam secara haram dengan memaparkan seorang penggiat demokrasi Hong Kong melalui Skype.

Jolovan Wham disabitkan bulan lalu kerana melanggar undang-undang perintah awam selepas dia gagal memohon izin polis sebelum mengundang aktivis Joshua Wong untuk bercakap melalui panggilan video kepada penonton.

Lelaki berusia 39 tahun itu didapati bersalah kerana tidak menandatangani kenyataan bertulis kepada polis.

Pada hari ini dia menyerahkan wang denda SG$3,200 (RM9,643).

Wong merupakan antara pemimpin protes pro demokrasi besar-besaran di Hong Kong pada 2014 bercakap kepada penonton tentang peranan ketidakpatuhan dan demokrasi awam dalam membina pergerakan sosial.

Mengadakan perhimpunan awam tanpa permit di Singapura boleh didenda sehingga SG$5,000.

Jika mengulangi kesalahan boleh didenda sehingga SG$10,000 atau dipenjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.

Golongan kaya raya di Singapura dikritik secara kerap berhubung perbezaan politik dan kebebasan bersuara.

Pada Disember, editor laman web Singapura didakwa dengan fitnah menerbitkan surat yang mendakwa rasuah dalam kalangan pemimpin negara.

Bulan sama, Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyaman blogger atas dakwaan fitnah selepas dia berkongsi artikel di Facebook mengaitkan pemimpin itu dengan skandal rasuah di Malaysia.

Lee berkata artikel itu palsu dan tidak berasas. – AFP, 21 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen