Pembuat filem Jerman dibelasah di kem pelarian Rohingya


Kem pelarian di Kutupalong, Cox Bazar Bangladesh merupakan kem pelarian terbesar di dunia yang menempatkan etnik Rohingya. – Gambar EPA, 21 Februari, 2019

PEMBUAT filem dari Jerman dan pembantunya yang melawat kem pelarian di Bangladesh pada Khamis cedera dibelasah pelarian Rohingya yang mengesyaki mereka pedagang manusia, kata polis.

Pelarian di kem berkenaan menjadi bimbang selepas tiga warga Jerman dan pembantu mereka warga Bangladesh mual memberi hadiah kepada kanak-kanak dan wanita di Kutupalong, kata ketua polis Abul Khair kepada AFP.

Kem berkenaan merupakan kem pelarian terbesar di dunia yang terletak di Cox Bazar di sempadan Myanmar.

Warga Jerman terbabit yang identitinya tidak diketahui, kemudian mengiringi beberapa warga Rohingya ke kenderaan mereka.

“Salah seorang warga Jerman itu dan pembantu Bangladeshnya dipukul. Pihak tentera dan polis terpaksa menyelamatkan mereka,” tambah Khair.

“Warga Jerman terbabit terpaksa menerima rawatan. Dia kini dalam keadaan baik. Warga Jerman terbabit berkata mereka ke kem berkenaan untuk membuat satu filem pendek,” menurut Khair yang berkata polis percaya mereka disalah anggap sebagai penyeludup manusia.

“Ia hanya kes salah faham,” katanya yang mengesahkan tiada tangkapan dibuat. – AFP, 21 Februari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen