Gempa 5.5 magnitud landa Hokkaido 


Keadaan jalan raya berlaun akibat gempa bumi di Hokkaido. Setakat ini tiada laporan kemalangan jiwa atau kerosakan bangunan akibat gegaran itu.– Gambar EPA, 21 Februari, 2019

GEMPA bumi berukuran 5.5 magnitud landa utara kepulauan Hokkaido, Jepun pada Khamis, namun tiada ancaman tsunami dikeluarkan, kata pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Jepun.

Tiada laporan kecederaan atau kerosakan akibat gempa berkenaan, yang berlaku pada kedalaman 41 kilometer, menurut Pemerhati Geologi AS (USGS). 

Pusat gempa adalah kira-kira 55 kilometer tenggara bandar Sapporo, tambah USGS. 

Agensi meterologi Jepun berkata tiada ancaman tsunami susulan kejadian itu. 

Pada September tahun lalu, gempa berukuran 6.6 magnitud menggegarkan Hokkaido, menyebabkan tanah runtuh, meribihkan kediaman dan membunuh lebih 40 orang. 

Jepun terletak pada persimpangan pket tektonik dan mengalami sejumlah gempa setiap tahun.– AFP, 21 Februari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen