Tentera laut Mexico rampas kokain 630kg


TENTERA Laut Mexico merampas 630kg kokain disembunyikan dalam sebuah bot kecil, di pantai barat laut Sinaloa dan menahan 15 orang yang berada di dalam bot terbabit.

Dalam satu kenyataan pada Rabu tentera berkata rampasan dibuat pada Isnin selepas pesawat tentera laut mengesan sebuah bot yang mencurigakan, lapor agensi berita Xinhua.

Antara yang ditangkap ialah lapan warga Ecuador, empat Colombia dan tiga rakyat Mexico.

Pihak berkuasa mengatakan kokain dari kartel dadah di Amerika Selatan itu dipercayai untuk dihantar ke Amerika Syarikat. – Bernama, 21 Februari, 2019.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen