41 maut kebakaran di Bangladesh


Jumlah mangsa dijangka meningkat kerana api marak terlalu cepat kerana wujud gudang simpan bahan kimia dalam bangunan apartmen itu. – Gambar AFP, 21 Februari, 2019.

SEKURANG-KURANGNYA 41 orang terbunuh dalam kebakaran di sebuah bangunan apartmen yang menjadi gudang bahan kimia di ibu kota Bangladesh, kata pegawai kebakaran.

“Setakat ini kami menemui 41 mayat. Jumlah mangsa mungkin meningkat,” kata Ketua Bomba Bangladesh Ali Ahmed kepada AFP.

Katanya, kebakaran itu mungkin berpunca daripada silinder gas, dan api marak cepat ke seluruh bangunan di mana bahan kimia mudah terbakar disimpan. – AFP, 21 Februari, 2019.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen