Najib fail permohonan baharu batal Sri Ram sebagai pendakwa


Bede Hong

Ini susulan Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Azizah Nawawi hari ini menolak permohonan untuk memulakan semakan kehakiman berhubung pelantikan bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram sebagai pendakwa. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Februari, 2019.

NAJIB Razak memfailkan permohonan baharu untuk membatalkan pelantikan Gopal Sri Ram sebagai ketua pasukan pendakwaan bagi beberapa kes yang dihadapinya.
 
Ini susulan Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Azizah Nawawi hari ini menolak permohonan untuk memulakan semakan kehakiman berhubung pelantikan bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu sebagai pendakwa.

Dalam permohonan jenayah Najib yang dibacakan di depan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah hari ini, peguamnya berhujah bahawa kecendongan politik Sri Ram, latar belakang kerja dan kecenderungan untuk membuat tuntutan-tuntutan tidak berasas dalam afidavitnya membuatkan beliau tidak layak dilantik sebagai pendakwa.

“Seorang pendakwa yang berat sebelah terhadap tertuduh akan membawa pemahaman kepada masyarakat umum bahawa keadilan tidak ditegakkan. Juga ia satu risiko besar baahwa tertuduh tidak akan didakwa secara adil kerana beliau berhak sebagaimana ditetapkan Perlembagaan,” peguam Najib, Harvinderjit Singh memberitahu mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya Akram Garib mewakili kerajaan, manakala Muhammad Shafee Abdullah sebagai peguam utama Najib.

Dalam hujah bertulisnya, Najib menegaskan yang Sri Ram merupakan penasihat utama bagi Anwar Ibrahim dalam rayuan kes liwat 2 di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

“Salah seorang peguam bela membangkitkan bahawa keseluruhan pendakwaan terhadap Anwar Ibrahim bermotifkan politik dan satu konspirasi politik melibatkan pemohon (Najib).”

Najib turut menyebut bahawa Sri Ram juga merupakan mewakili bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim dalam satu permohonan peribadi untuk mendakwa bekas perdana menteri itu.

Sri Ram juga mewakili Anwar dalam kes rayuan terhadap kerajaan BN, dalam pendakwaan bahawa Najib yang ketika itu perdana menteri membayar RM9.5 juta kepada Shafee dalam kes liwat 2 Anwar.  – 20 Februari, 2019.

Berita penuh di sini.      


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen