PENGGUNA KTM Komuter akan menikmati diskaun tambang sebanyak 20% bagi semua laluan bermula 1 April ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke
Dalam pengumuman pada sidang media di Putrajaya hari ini, Anthony berkata, diskaun sehingga 40% akan diberikan kepada penumpang komuter yang menggunakan sistem transaksasi tanpa wang.
Kata beliau pemberian diskau itu merupakan sebahagian inisiatif kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup.
Inisiatif itu akan memanfaatkan kira-kira 94,000 penumpang setiap hari di lima jajaran iaitu Padang Rengas-Butterworth; Butterworth-Padang Besar; Port Klang-Tanjung Malim; Seremban-Batu Caves; dan Sungai Gadut-Tampin.
“Kabinet yang bermesyuarat hari ini bersetuju dengan usul Kementerian Pengangkutan untuk memberikan diksaun 20% kepada pengguna komuter.
“Ia susulan cadangan kementerian pada mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara minggu lepas bagi meringankan kos sara hidup pengguna komuter.
“Ini sudah tentu dapat memberi manfaat kepada penumpang yang menggunakan komuter secara harian. Ini adalah inisiatif kerajaan memandangkan faktor kos pengangkutan merupakan faktor ketiga tertinggi yang menyumbang kepada kos sara hidup,” katanya.
Loke berkata pemberian diskaun 20% itu dijangka menyebabkan pengurangan hasil sebanyak RM43 juta setahun kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan ini akan ditampung oleh Perbadanan Aset Keretapi (RAC).
Beliau berkata inisiatif itu akan disemak semula setiap tahun.
Loke berkata inisiatif pemberian diskaun itu diharapkan dapat meningkatkan jumlah penumpang KTM Komuter antara 120,000 ke 130,000 pengguna.
“Tujuan beri diskaun ini antara lain untuk ‘boost ridership’. Sejak kebelakangan ini, jumlah pengguna menggunakan komuter telah berkurangan disebabkan oleh projek menaik taraf landasan keretapi yang telah menyebabkan kekerapan tren di stesen-stesen telah berkurangan.
“Kalau dulu kena tunggu 20 minit, sekarang kena tunggu 40 minit. Ramai orang merungut kerana tren lambat,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Loke berkata pihaknya sedang merancang untuk menambah perkhidmatan bas perantara Stesen Transit Aliran Massa (MRT) ke kawasan perumahan termasuk di Semenyih. – 20 Februari, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen