Seorang lagi ahli Parlimen Britain keluar Parti Buruh


Ia sebagai tanda bantahan terhadap pimpinan Jeremy Corbyn dan terhadap sokongan kepimpinan Brexit dan kegagalan menolak anti-semitik. – Gambar EPA, 20 Februari, 2019.

SEORANG lagi ahli Parlimen Parti Buruh keluar parti hari ini, sebagai tanda bantahan terhadap pimpinan Jeremy Corbyn serta terhadap sokongan kepimpinan Brexit dan kegagalan menolak anti-semitik.

“Corbyn memperkenal dan membenarkan anti-semitik ini dalam parti kami. Ia telah menjejaskan parti,” Joan Ryan memberitahu radio BBC.

“Satu lagi masalah besar ialah saya fikir Corbyn bersubahat dan menyokong Brexit.”

Tujuh ahli Parlimen parti pembangkang itu keluar parti pada Isnin, perpecahan terbesar dalam politik Britain sejak 1981. 

Buat masa ini mereka akan menjadi ahli Parlimen bebas dan mengumumkan untuk menubuhkan parti baru.

Ryan berkata terdapat sebilangan besar ahli Parlimen dari Parti Buruh yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Corbyn dan berharap mereka akan mengikuti jejaknya. – AFP, 20 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen