LEBIH 2.6 juta orang telah mendaftar untuk mengundi awal manakala lebih 100,000 lagi memohon sebagai pengundi luar negara, lapor Agensi Berita Thailand (TNA) memetik kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pendaftaran untuk mengundi awal berakhir semalam selepas ia bermula pada 28 Januari.
SPR merumuskan bahawa sejumlah 2,632,935 orang telah mendaftar untuk mengundi awal.
Daripada jumlah itu, sebanyak 2,318,548 orang telah mendaftar secara online manakala bakinya mengemukakan permohonan di pejabat pendaftaran tempatan.
Bangkok mencatat jumlah tertinggi bagi penduduk yang mendaftar untuk mengundi awal iaitu sebanyak 928,789 orang diikuti Chonburi (221,541) dan Samut Prakan (164,575).
SPR turut mendedahkan bahawa sejumlah 119,184 rakyat Thailand di 67 negara telah mendaftar sebagai pengundi luar negara. – Bernama, 20 Februari, 2019.
Komen