PUTERI pop Ariana Grande adalah penyanyi pertama dalam tempoh lebih 50 tahun berada di kedudukan tiga teratas dalam carta lagu AS, kata Billboard pada Isnin.
Penyanyi berusia 25 tahun itu adalah penyanyi kedua dalam sejarah enam dekad Carta 100 Billborad untuk mencapai kejayaan tersebut, selepas The Beatles pada 1964.
Lagu Grande, 7 Rings, Break Up With Your Girlfriend, I’m Bored dan Thank U, Next mengungguli tiga tempat teratas carta tersebut selepas album kelimanya turut berada di kedudukan teratas album pecah rekod.
Pada April 1964, The Beatles mengungguli tiga tempat teratas carta dengan lagu Can’t Buy Me Love, Twist and Shout dan Do You Want To Know a Secret.
Carta 100 Billboard adalah gabungan maklumat semua genre lagu yang “distreaming”, di siarkan radio dan data jualan digital bagi menentukan kedudukan lagu dalam carta.
Grande juga memecahkan rekod paling banyak lagu hit berturut-turut oleh artis wanita dalam carta 40, dengan 11 lagu, memecahkan rekod terdahulu, Cardi B dengan sembilan lagu.
Bintang pop itu menikmati kejayaan berterusan sejak 12 bulan lepas, Billboard turut menamakannya sebagai Wanita Tahun 2018.
Bulan ini, beliau turut menang Grammy pertama untuk Vokal dalam Album Pop Terbaik untuk album Sweetener, menewaskan pesaing hebat termasuklah Taylor Swift.
Grande tidak hadir dalam majlis Grammy kerana pertikaian dengan penerbit rancangan itu- tetapi di media sosial beliau masih mendapat perhatian ramai.
Album terbaru penyanyi ternama itu- bertajuk Thank U, Next- menyaksikan beliau mengukuhkan jenama dan stailnya.
Beberapa lagu dalam album tersebut adalah tribute kepada tragedi menimpanya tahun lepas termasuklah putusnya hubungan dengan penyanyi rap Mac Miller- yang meninggal pada umur 26 tahun pada September lalu- dan putus tunang dengan pelawak Pete Davidson yang mendapat liputan meluas. – AFP, 20 Februari, 2019.
Komen