TAUFAN Oma kini memasuki kategori memusnah ketiga taufan, kata Biro Meteorologi Australia pada Rabu, yang memberi amaran ia boleh membawa cuaca buruk kepada benua itu selepas melalui Kepulauan Pasifik.
Pada awal pagi Rabu, Oma bergerak pada kelajuan sehingga 185 kilometer per jam, hampir bersamaan dengan kategori taufan pertama.
Ia kini sedang berada di luar pesisir pantai Australia, selepas melintasi New Caledonia, apabila angin kencang memutuskan bekalan elektrik, memusnahkan tanaman, menumbangkan pokok dan menyebabkan sekolah dan premis niaga ditutup.
Agensi Keselamatan Awam New Caledonia pada Selasa melaporkan yang sekitar 3,000 orang terjejas dengan terputusnya bekalan elektrik dan tenaga.
Ribut itu juga menyebabkan hujan lebat di Vanuatu, di mana operasi pembersihan sedang dijalankan.
“Taufan tropika Oma yang buruk dijangka bergerak perlahan-lahan menuju ke barat daya melintasi Laut Coral dalam tempoh beberapa hari lagi,” kata biro.
Ribut itu dijangka menyebabkan “gelombang tinggi luar biasa” di pesisir pantai Queensland, Australia.
“Amaran cuaca buruk dan bahaya luncur air sudah dikeluarkan dan berkuatkuasa buat masa sekarang,” kata biro lagi. – 20 Februari, 2019.
Komen