Polis Perancis tembak mati penyerang berpisau


Anggota forensik memeriksa mayat penyerang yang menikam dua pejalan kaki sebelum ditembak mati pihak polis di daerah Canebiere di Marseille. – Gambar AFP, 20 Februari, 2019.

POLIS Perancis pada Selasa menembak mati seorang lelaki yang mencederakan tiga pejalan kaki dalam satu insiden serangan pisau di bandar selatan Marseille, kata para pegawai.

Pejabat pendakwa mengatakan serangan itu tidak bermotifkan politik.

“Ia hanya serangan biasa,” kata pendakwa Xavier Tarabeux.

Mangsa keempat cedera di kaki akibat serpihan peluru, kata polis sambil menambah mereka melepaskan tembakan terhadap penyerang apabila mengancam dengan senjata.

Serangan pisau berlaku pada sebelah petang di jalan yang sibuk di pusat bandar, yang kedua terbesar di Perancis.

Pada Oktober 2017, seorang lelaki berpisau membunuh dua wanita di stesen kereta api utama Saint Charles di Marseille dalam serangan yang kemudiannya kumpulan militan Islamic State mengaku bertanggungjawab.

Penyerang itu ditembak mati oleh tentera yang meronda untuk berjaga-jaga terhadap serangan seperti itu. – AFP, 20 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen