SENATOR Bernie Sanders mengumumkan hari ini bahawa beliau sakan bertanding dalam pilihan raya presiden, melancarkan kempen percubaan kedua beliau untuk mendiami White House selepas kejayaan mengejutkan dalam pencalonan parti Demokrat pada 2016.
Sanders, 77, membuat pengumuman tersebut dalam sebuah wawancara radio di negeri asalnya, Vermont.
“Saya mahu rakyat Vermont tahu tentang perkara ini,” kata Sanders di Vermont Public Radio.
Seorang yang mengakui bahawa beliau adalah sosialis demokrat menyertai pertandingan yang menyaksikan beberapa calon yang mahu mengambil alih tampuk pemerintahan Presiden Donald Trump dan Republikan pada tahun 2020.
Sanders memberi garis penting bagaimana beliau akan berkempen pada hari Selasa.
“Dan apa yang saya janji lakukan ialah, ketika saya pergi ke negeri ini, adalah untuk mengambil nilai-nilai yang kita semua di Vermont bangga - keyakinan terhadap keadilan dalam masyarakat, politik akar umbi dalam mesyuarat bandar - itu apa yang akan saya bawa di seluruh negara ini, “katanya.
Beliau menyifatkan Trump sebagai seorang memalukan negara dan penipu.
“Saya juga menganggap beliau sebagai seorang perkauman, seorang seksis, fobia homoseksual, seorang xenofobia, dan orang yang mendapat mata politik murahan dengan membuli minoriti dan pendatang tanpa izin,” kata Sanders. – AFP, 19 Februari, 2019.
Komen