QATAR mengutuk sekeras-sekerasnya insiden letupan berhampiran Masjid Al-Azhar, Mesir yang meragut nyawa dua anggota polis selain mencederakan tiga lagi pegawai, lapor agensi berita Qatar.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Selasa, Kementerian Luar Negeri mengulangi pendirian tegas negara itu menolak sebarang bentuk keganasan walau apa jua alasan.
Qatar turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, kerajaan dan rakyat Mesir.
Terdahulu, memetik laporan agensi berita Turki Anadolu, seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya di belakang masjid Al-Azhar pada lewat Isnin.
Suspek dikenali sebagai Al Hasan Abdullah, 37, dan pernah didakwa terlibat dalam serangan di Masjid Al-Istiqamah, Giza pada Jumaat. – Bernama, 19 Februari, 2019.
Komen