Gempa bumi sederhana gegar Malang dan Jawa Selatan


Gempa berukuran 5.9 skala Richter berpusat di 159km tenggara daerah Malang berlaku pada 2.30 pagi waktu Indonesia Barat. – Gambar EPA, 19 Februari, 2019.

GEMPA bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter menggegarkan kawasan tenggara daerah Malang, Jawa Timur awal pagi ini.

Gempa berpusat di 159 kilometer (km) tenggara daerah Malang itu berlaku pada 2.30 pagi waktu Indonesia Barat.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG), gegaran gempa itu dirasakan di Lumajang, Karangkates, Kuta, Nusa Dua dan Malang. Tiada ancaman tsunami dikeluarkan.

Setakat ini, belum ada laporan kesan atau impak gempa itu kepada penduduk dan kawasan setempat.

Sementara itu, di Kuala Lumpur, gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda Jawa Selatan kira-kira pukul 3.30 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, kejadian gempa dengan kedalaman 10km itu berlaku pada jarak 209km selatan dari Blitar, Indonesia.

Bagaimanapun, ia tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – Bernama, 19 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen