Wanita Perancis kahwin pengganas IS di Syria mahu pulang


Wanita warga asing yang berkahwin dengan pengganas IS di Syria kebanyakannya melarikan diri atau ditahan pasukan tentera AS. Mereka terpaksa menyelamatkan anak dan berharap dapat pulang ke tanah air. – Gambar fail EPA, 19 Februari, 2019.

DITAHAN selepas melarikan diri dari kubu pengganas Islamic State (IS) di Syria, dua wanita Perancis berkata mereka bersedia untuk pulang ke tanah air – dengan syarat mereka diadili dengan adil.

Di sebalik pagar kem di wilayah puak Kurdish itu, tahanan memakai jubah panjang dan purdah, serta ditemani tiga kanak-kanak.

Mereka dikawal ketat oleh pejuang Kurdish.

Kira-kira 500 wanita warga asing disumbat ke kem Al-Hol sejak beberapa bulan lalu, selepas ditahan oleh pasukan tentera Amerika Syarikat berhampiran perkampungan di mana mereka dibawa oleh pengganas.

Wanita Perancis itu berkata mereka bukai haiwan, dan hanya manusia yang ada hati dan perasaan.

Pada masa ini, pasukan keselamatan diketuai Kurdish menawan kubu terakhir IS di perkampungan Baghouz, dan berkata pilihan yang ada hanya menyerah diri.

Perancis masih teragak-agak untuk membawa pulang wanita rakyatnya yang pernah menjadi milik pengganas IS dan anak mereka.

Kepulangan mereka menjadi topik sensitif di negara itu yang pernah mengalami beberapa siri serangan IS sejak 2015.

Dan pihak berkuasa Perancis lebih curiga terhadap lelaki dan wanita yang kekal bersama IS hingga ke penghujungnya. – AFP, 19 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen