PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menggesa tentera Venezuela pada Isnin untuk menerima tawaran pembangkang Juan Guaido, atau berisiko “kehilangan segala-galanya.”
“Hari ini, saya mempunyai mesej untuk setiap pegawai yang membantu memastikan (Presiden Nicolas) Maduro terus kekal. Seluruh dunia kini tertumpu kepada anda, setiap hari dan setiap hari pada masa akan datang,” kata Trump kepada penyokong di Miami.
“Anda tidak boleh bersembunyi daripada pilihan yang kini dihadapkan kepada anda. Anda boleh memilih untuk menerima pemangku presiden Guaido (yang mengisytiharkan dirinya sendiri) yang menawarkan pengampunan untuk menjalani hidup dengan damai bersama keluarga dan saudara anda.
“Atau anda boleh memilih laluan kedua: terus menyokong Maduro. Jika anda memilih laluan ini, anda tidak akan dapat menemui tempat yang selamat, tiada jalan keluar yang mudah dan tiada jalan keluar. Anda akan hilang segala-galanya.” – AFP, 19 Februari, 2019.
Komen