IBU bapa bekas perdana menteri Itali, Matteo Renzi dikenakan tahanan di rumah pada Isnin ketika siasatan mengenai penipuan pengisytiharan muflis berlangsung, kata sumber kehakiman.
Tiziano Renzi dan Laura Bovoli, yang disyaki mengeluarkan invois palsu, dikenakan tahanan rumah bagi mengelakkan tindakan pemusnahan atau manipulasi bukti, kata laporan akhbar, memetik sumber kehakiman.
“Saya mempunyai keyakinan kepada sistem keadilan Itali,” kata Renzi, 44, di Facebook. “Jadi, saya juga tidak sabar untuk menghadiri perbicaraan.”
Renzi, yang mengetuai kerajaan Itali dari Februari 2014 hingga Disember 2016, berkata para pakar mengatakan mereka tidak pernah melihat tindakan tidak masuk akal seperti itu sebelum ini.
Beliau berkata keluarganya sedang “dimalukan” kerana pembabitan beliau dalam bidang politik. – AFP, 19 Februari, 2019.
Komen