JUNTA Thailand mempertahanlan peruntukan untuk pertahanan sebanyak AS$7 bilion serta draf tahunan pada Ahad selepas pesaing politiknya mencadangkan pemotongan perbelanjaan tentera sebanyak 10% selepas pilihan raya.
Negara itu merupakan antara yang paling banyak berbelanja dalam aset pertahanan di Asia Tenggara dan membuat pembelian besar—termasuk kapal selam dan kereta kebal dari China—menimbulkan kritikan.
Jeneralnya telah meraih kuasa banyak kali sejak tahun 1932 dengan perbelanjaan pertahanan yang besar setiap kali berlaku rampasan kuasa.
Sidang Dewan Negara yang diterajui junta tentera mencadangkan peruntukan pertahanan sebanyak AS$7 bilion, iaitu peningkatan sebanyak AS$1 bilion berbanding rampasan kuasa pada 2014.
Namun Pheu Thai yang mempunyai kaitan dengan bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra serta merupakan parti politik paling popular di negara itu, berikrar mahu menamatkan dan memotong perbelanjaan itu sebanyak 10% sekiranya mendapat kuasa.
Ketua Junta Prayut Chan-O-Cha- yang berharap untuk menjadi perdana menteri awam di bawah parti yang selari dengan tentera selepas pilihan raya—menyatakan peningkatan itu penting untuk menaik taraf peralatan ketenteraan.
“Jika kita tidak memilikinya, kualiti ketenteraan kita tidak dapat dibandingkan dengan negara lain,” katanya kepada pemberita.
Chan-O-Cha berkata, terdapat kebarangkalian tercetusnya peperangan dan ketika aman, tentera akan “berperang menentang dadah dan penyeludupan” ke negara itu. – AFP, 18 Februari, 2019
Komen