Bekas pemimpin Maldives ditahan kerana ubah wang haram 


Bekas presiden Maldives Abdulla Yameen turut didakwa cuba memberi rasuah kepada saksi pendakwaan kes itu. – Gambar EPA, 18 Februari, 2019

PIHAK berkuasa Maldives pada Isnin mengarahkan penahanan bekas presiden Abdulla Yameen berhubung dakwaan pengubahan wang haram, kata pihak berkuasa.

Penahanan itu dibuat selepas mahkamah memulakan pendengaran awal terhadap tuduhan Yameen menerima hampir AS$1.5 juta bayaran wang haram sebelum tewas pada pemilihan semula pada September. 

“Pendakwa berkata Yameen didakwa cuba merasuah saksi,” kata pegawai mahkamah, dan menambah bekas presiden itu akan dibawa ke penjara Dhoonidhoo di kepulauan itu.

Yameen yang berkuasa pada 2013 dan memenjarakan ramai penenangnya atau memaksa mereka ke luar negara, dipanggil ke Mahkamah Jenayah pada Ahad untuk menerima pendakwaan.

Ketika pemerintahannya selama lima tahun, Yameen bergantung sepenuhnya kepada China untuk sokongan kewangan dan politik kerana dikritik kerana rekod hak sasi manusianya yang suram.

Negara yang mempunyai 340,000 masyarakat Islam Sunni itu mempunyai hutang tinggi dengan China. 

Pihak berkuasa percya berjuta dolar yang didakwa diseleweng oleh Yameen disimpan di luar negara, dan rundingan dikatakan sedang dijalankan degan entiti asing untuk membawa pulang wang berkenaan. 

Mahkamah turut membekukan akaun bak Yameen yang mempunyai sebanyak AS$6.5 juta, yang mana keputusan itu dicabar bekas pemimpin berkenaan. 

Tiada sebarang ulasan yang dibuat oleh Yameen atau peguamnya berhubung perintah mahkamah terbaru itu. – AFP, 18 Februari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen