Virus demam babi Afrika didakwa dikesan dalam ladu


Sanquan Food yang berpengkalan di wilayah Henan, China mendakwa virus demam babi Afrika dikesan dalam ladu bekunya. – Gambar EPA, 18 Februari, 2019.

PENGELUAR makanan utama di China hari ini mendakwa virus demam babi Afrika dikesan dalam ladu bekunya.

China, pengeluar terbesar daging babi sedang bergelut mengawal virus itu sejak kes pertama dikesan pada Ogos lepas.

Pihak berkuasa berkata beratus ribu babi dibunuh untuk mengekang penyebaran virus tersebut.

Sanquan Food yang berpengkalan di wilayah Henan, mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan laporan berita baru-baru ini bahawa daging babi tercemar dikesan di dua wilayah yang tidak berkongsi sempadan.

Laporan media tempatan yang tidak disahkan berkata produk buatan beberapa syarikat lain juga menganduni virus itu.

Demam babi Afrika tidak membahayakan manusia tetapi ia membawa maut kepada babi. Ia mencetuskan kebimbangan terhadap industri ternakan babi di China. – AFP, 18 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen