PEMBEKAL Telco YTL Communications yang menjalankan rangkaian internet YES melancarkan projek perintis pasaran terbesar di Asia di Georgetown, Pulau Pinang.
Malaysia negara kedua selepas Hungary menjalankan percubaan Terragraph di Mikebuda menjadikan kelajuan internet meningkat dari 5Mbps ke 650Mbps.
Projek Terragraph disokong oleh Facebook yang memperkenalkan teknologi pada 2016 untuk membawa kelajuan gigabit bagi menyokong permintaan data yang semakin meningkat bagi penduduk bandar.
Percubaan melibatkan wifi awam dan capaian tanpa wayar akan dijalankan selama enam bulan dan bebas kepada semua pengendali perniagaan bandar dan penduduk, kata syarikat telekomunikasi itu.
Ketua Pegawai Eksekutif YTL Wing K Lee berkata bagi menyediakan perkhidmatan internet yang laju, kabel optik gentian yang mahal dan tidak bergerak perlu diletakkan bagi menaiktaraf megabait kepada gigabait.
Tetapi untuk terabait yang menggunakan radio mmWave peringkat jalan membolehkan penyedia perkhidmatan memasang peralatan di infrastruktur sedia ada seperti tiang lampu bagi menjimatkan kos.
“Terragraph juga akan menggunakan jumlah elektrik sama seperti lampu LED,” katanya.
Projek itu juga dianggap sesuai untuk Georgetown yang merupakan bandar Unesco yang mempunyai banyak bangunan sebelum perang.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata, projek perintis itu tepat pada masanya dan kerajaan sentiasa terbuka dengan teknologi yang boleh menyelesaikan masalah sambungan internet seperti bandar yang kurang akses jalur lebar berkelajuan tinggi walaupun mendapat permintaan tinggi.
Daripada 8 juta isi rumah katanya, hanya 18% mempunyai akses kepada jalur lebar berkelajuan tinggi.
“Rintangan utama untuk penyerapan adalah rupa bumi, kos kabel serat optik tinggi yang berfungsi selain masa yang diperlukan untuk memasang infrastruktur,” katanya. – 18 Februari, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen