Arab Saudi meterai lapan perjanjian dengan Pakistan bernilai AS$20 bilion


Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Salman Al Saud pada Ahad lalu memeterai lapan perjanjian dengan Pakistan bernilai AS$20 bilion – Gambar EPA, 18 Februari, 2019.

PUTERA Mahkota Arab Saudi Mohammed Salman Al Saud pada Ahad lalu memeterai lapan perjanjian dengan Pakistan bernilai AS$20 bilion, lapor agensi berita China Xinhua memetik Al Arabiya TV.

Antaranya berkaitan kilang penapisan kendalian syarikat Aramco milik Arab Saudi di pelabuhan Gwadar, Pakistan yang merupakan satu daripada kilang penapisan terbesar di dunia bernilai AS$10 bilion.

“Pakistan sebuah negara yang dekat di hati rakyat Arab Saudi dan kami akan sentiasa menjadi rakan kongsi,” kata putera mahkota itu seperti yang dipetik oleh Al Arabiya.

Arab Saudi dan Pakistan kini menjalin usaha sama ke arah memperluas perkongsian ekonomi terutama dalam sektor pelancongan.

Putera mahkota Arab Saudi itu dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Pakistan, pusingan pertama siri jelajah Asia baginda yang bermula pada Ahad. 

Dia dijadual melawat China dan India selepas ini. – 18 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen