Pemberontak Kurdish perlu berunding dengan Assad, kata Rusia 


Pejuang Kurdish turut menentang kumpulan militan IS di Syria. – Gambar EPA, 17 Februari, 2019

KURDISH Syria perlu memulakan rundingan dengan Presiden Bashar al-Assad berikutan sekutu tenteranya Amerika Syarikat sedia menarik tenteranya keluar, kata Rusia pada Ahad. 

“Kita menyokong dialog antara Damsyik dan Kurdish,” kata timbalan menteri luar Rusia Sergey Vershinin, yang mana negaranya menjadi sekutu kuat rejim Assad. 

Pejuang Kurdish turut menentang kumpulan militan IS, yang dijangkakan akan kehilangan kubu terakhir mereka dalam jangka masa terdekat. 

Bagaimanapun, negara jiran Turki menyifatkan mereka sebagai “pengganas”.

Kehadiran tentera Amerika ke kawasan yang dikuasai Kurdish setakat ini menjadi benteng kepada sebarang serangan Turki. 

Namun Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Disember membuat keputusan mengejut dengan mengumumkan penarikan lebih 2,000 tentera AS dari Syria.  – AFP, 17 Februari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen