PELUNCUR berusia 41 tahun diterbangkan ke hospital dengan helikopter selepas parah digigit ikan jerung di Teluk Byron, Australia.
Lelaki malang itu sedang menunggu ombak untuk meluncur berhampiran Pantai Belongil sebelum digigit di bahagian kaki oleh ikan jerung, menurut polis.
“Daya ketakutan. Apabila saya mendengar jeritannya dalam air sebelum saya nampak cebisan papan luncurnya terapung, ketika itulah baru saya sedar keadaan menjadi buruk,” kata rakannya kepada stesen televisyen ABC.
Mangsa berjaya berenang ke pantai menggunakan papan luncurnya dan meminta bantuan orang ramai di pantai berkenaan.
“Beliau menerima rawatan awal oleh pasukan paramedik ambulans NSW, sebelum diterbangkan ke Hospital Universiti Gold Coast,” kata polis.
Lelaki malang itu dilaporkan dalam keadaan serius namun stabil.
Teluk Byron merupakan destinasi popular kepada peluncur ombak dan pelancong.
Serangan jerung jarang berlaku di pesisir pantai berkenaan.
Terdapat 27 kes serangan jerung di perairan Australia tahun lalu, menurut data yang dikeluarkan Zoo Taronga, Sydney. – AFP, 17 Februari, 2019
Komen