India anjur kejohanan yoga tiang


Seorang peserta yang bersaing di Kejohanan Dunia Mallakhamb di Mumbai. - Gambar AFP, 17 Februari, 2019.

DENGAN hanya memakai seluar dalam Pavel Kalina memusingkan badannya di atas tiang kayu sebelum melepaskan tangan ke atas pada kejohanan sukan kuno India yang pertama dunia.

Pramugara berusia 55 tahun dari Republik Czech itu mengamalkan Mallakhamb sebuah disiplin gimnastik berasal dari India barat pada abad ke-12 dan sering digambarkan sebagai yoga di atas tiang..

“Jujurnya ia terseksa tetapi saya perlu melakukannya kerana perlu simpan tenaga saya,” kata bekas jurulatih gimnastik yang mendalami Mallakhamb 10 tahun lalu.

Kalina antara 100 peserta yang bersaing dari 15 negara yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Dunia Mallakhamb di Mumbai.

Sukan itu yang pertama kali disebut dalam teks India pada tahun 1135 popular di negeri Maharashta barat  di mana Mumbai adalah ibu kota tetapi kurang dikenali di luar India.

“Malla bermaksud ahli gusti dan khamb bermakna tiang,” kata Uday Deshpande penganjur acara itu yang juga pengamal Mallakhamb paling terkenal di India.

“Tiang itu setinggi 2.6m. Ia lembut dan digilap dengan baik serta meruncing di bahagian atas.

“Ia memerlukan latihan akrobatik yang berbeza dan postur yoga untuk melakukannya,” katanya.

Pada hari kejohanan diadakan, kebanyakan peserta memakai pakaian renang bagi memikat ratusan orang ramai dengan gerakan menentang graviti.

Keberanian

Penonton bertepuk tangan dan bersorak sepanjang peserta dari Sepanyol membuat persembahan di hadapan mereka.

Lagaknya seperti Superman di atas tiang mempunyai ukur lilit sepanjang 35 sentimeter.

Seorang peserta dari England memberi ucap selamat seperti Usain Bolt sementera Kalina pula duduk dalam posisi meditasi dengan telapak tangannya menghadap ke arah langit.

Faezeh Jalali yang memakai jilbab mewakili Iran dalam kategori tali menyaksikan peserta melakukan aksi naik dan turun pada tali yang digantung setinggi 15 kaki di udara.

“Anda merasakan pencapaian sebenar dan anda membina kekuatan. Ia menakjubkan apa yang tubuh manusia boleh lakukan,” katanya.

Peserta dari Perancis, Jerman, Malaysia dan Vietnam turut mengambil bahagian.

Deshpande berkata, Mallakhamb membantu mental orang ramai.

“Apabila anda melakukan yoga di atas tanah anda mendapat banyak faedah meditasi, pernafasan dan focus.

“Apabila anda melakukan yoga di tempat tinggi anda mendapat faedah sama tetapi anda juga membina keyakinan dan keberanian.

Deshpande menganjurkan kejohanan untuk mempromosikan Mallakhamb di seluruh dunia dan berimpian agar sukan itu dapat dipertandingkan dalam Sukan Asia kemudiannya di Sukan Olimpik.

“Kami mahu menyebarkan budaya India tradisional di luar negara,” katanya. – AFP, 17 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen