Pentagon belum buat keputusan biayai tembok AS-Mexico


Patrick Shanahan mengulas mengenai dana Pentagon yang akan digunakan untuk pembinaan tembok sempadan AS-Mexico.– Gambar EPA, 17 Februari, 2019.

PENTAGON masih belum memutuskan untuk menyalurkan dana bagi menampung projek pembinaan tembok sempadan Amerika Syarikat (AS) dengan Mexico.

Presiden Donald Trump pada Jumaat mengisytiharkan kecemasan negara untuk membangkitkan isu pencerobohan kes dadah, gengster, penyeludupan manusia dan kemasukan pendatang haram di sempadan AS-Mexico.

Pengisytiharan itu bermakna Trump akan dapat menyekat Kongres untuk mengakses dana persekutuan dari sumber lain bagi menampung kos membina tembok sempadan. Langkah itu bagaimanapun dicabar secara langsung di mahkamah.

Pemangku Setiausaha Pertahanan Patrick Shanahan berkata pihaknya belum membuat sebarang keputusan untuk membiayai projek tembok Trump itu.

“Kita tidak membuat sebarang keputusan.. tiada kata putus dari saya,” kata Shanahan.

Trump mahu Kongres membenarkan penggunaan dana sebanyak AS$5.7 bilion bagi pembinaan tembok itu tetapi hanya AS$1.375 sahaja yang diluluskan untuk pembinaan penghadang, bukannya tembok konkrit.

White House berkata Trump akan mendapatkan akses sebanyak AS$6.1 bilion dari dua sumber Pentagon iaitu AS$ 3.6 bilion dari dana pembinaan tentera dan AS$2.5 bilion dari dana akvititi mencegah dadah Jabatan Pertahanan.

“Kita sentiasa menjangkakan bahawa isu ini akan memberi banyak perhatian dan kerana jumlah wang yang akan disalurkan dan anda boleh membayangkan kebimbangan yang tercetus,” kata Shanahan.

Katanya, beliau akan menganalisis penyisytiharan yang dibuat Trump dan hasilnya akan menentukan jumlah dana yang akan disalurkan.

“Kita akan mengikut saluran undang-undang dan tidak akan mengabaikannya,” katanya. – AFP, 17 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen