RAKYAT Malaysia menikmati lebih kebebasan dan institusi berada dalam keadaan yang baik pada “awal pembentukan” Malaysia, kata Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz yang merupakan presiden pengasas Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas).
“Dan saya fikir saya boleh membuat satu lagi rayuan kepada sejarah dan saya fikir kebanyakan rakyat Malaysia akan bersetuju dengan premis bahawa pada tahun-tahun awal kita, apabila negara itu dipimpin oleh golongan elit, kita mempunyai check and balance yang lebih baik, kepimpinan yang lebih baik.”
“Kita miliki institusi yang lebih baik. Kita lebih bebas,” kata putera kedua Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kepada forum demokrasi di Asia Tenggara yang diadakan di Kuala Lumpur hari ini.
Tunku Zain Al-Abidin mengulas mengenai golongan elit berkaitan topik “Bagaimana menguruskan pluralisme dan politik identiti dalam demokrasi”.
“Ia mengejutkan saya seseorang yang berlatarbelakangkan elit seperti Tunku Abidin boleh bercakap tentang keperluan untuk negara di Asia Tenggara tidak diperintah oleh elit politik dan demokratik. Soalan saya ialah bagaimana kita menyatakan kebimbangan bahawa ia memerlukan golongan elit yang lain untuk menjatuhkan golongan elit yang wujud?”
Tunku Zain Al-Abidin membalas, “Saya tidak pasti. Seperti mana-mana kumpulan yang dirasakan dalam masyarakat, terdapat kepelbagaian dalam dan saya fikir elit, atau sekurang-kurangnya keluarga elit, mempunyai kepentingan dalam demokrasi juga.”
“Ia bukan hak politik. Ia adalah tentang kebebasan. Mereka mahu melihat peluang anak-anak mereka terjamin.
“Dan saya rasa ia amat penting untuk mengenal pasti golongan elit yang menyaahgunakan alat dan jentera untuk mengaut kekayaan mereka sendiri dan orang lain mungkin tidak. Jadi saya rasa terdapat korelasi antara golongan elit dan keadaan institusi.
“Saya rasa ia adalah hak untuk individu berpegang kepada Perlembagaan. Apa yang saya katakan ialah, kepentingan untuk memulihkan semula perlembagaan yang sudah menyimpang.”
Sementara itu, Tunku Zain Al-Abidin tidak bersetuju dengan komen berhubung cadangan untuk menetapkan tempoh jawatan perdana menteri kepada 10 tahun.
“Saya rasa had tempoh ini adalah untuk menghalang penyalahgunaan kuasa, tapi saya fikir mempunyai check and balance dalam institusi adalah lebih penting dan saya rasa terdapat kes di mana kamu mempunyai perdana menteri yang popular yan dipilih, kamu boleh dinafikan hak demokratik rakyat yang mahu melihat beliau kembali ke pejabat (selepas berkhidmat sepuluh tahun).” – 3 September, 2017.
Komen