PENGGUNAAN fundalmentalisme oleh parti dominan yang memerintah kerajaan persekutuan akan memecahkan negara menerusi perkauman dan keagamaan, kata kumpulan hak asasi manusia.
“Dibimbangi aspirasi untuk masyarakat Malaysia akan hilang kerana ahli politik hari ini mahu rakyat dikenal pasti dengan kaum dan agamanya lebih daripada sebelum ini,” kata pengarah Asia untuk Pusat Dialog Kemanusiaan, Michael Vatikiotis.
“Ini adalah kebimbangan,” kata Vatikiotis pada forum, “Demokrasi di Asia Tenggara: Pencapaian, Cabaran dan Prospek”, yang dianjurkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di Kuala Lumpur hari ini.
Vatikiotis, seorang penulis dan bekas editor Far Eastern Economic Review berkata fundamentalisme keagamaan di rantau Asia Tenggara adalah kerana ekonomi dan kebimbangan sosial.
“Kita perlu merasa bimbang. Ini tidak pernah berlaku pada tahap ini sebelum ini. Kita dengar daripada ahli panel dan forum hari ini bahawa semua orang menyatakan kebimbangan berhubung perkara ini.”
“Ini merupakan prospek yang paling membimbangkan untuk pilihan raya umum akan datang. Ya isu sumber pencarian, masalah yang akan memberi kesan kepada kehidupan dan GST (cukai barangan dan perkhidmatan).
“Namun kerajaan menggunakan isu yang memecahbelahkan seperti kaum dan agama menjadi kebimbangan semua pihak,” katanya.
Vatikiotis, yang tinggal di Asia Tenggara sejak 30 tahun lalu menambah terdapat tolakan untuk identiti politik di Malaysia dan pemantauan mendapati rakyat Malaysia lebih tertekan untuk dikenali dengan kaum dan agama berbanding pada 1990an.
Terdahulu, Vatikiotis berkata undang-undang dan institusi yang melindungi hak kepercayaan lain, terhakis oleh pergerakan yang dibiayai dengan baik iaitu ajaran Wahabi dan Sunni oleh Arab Saudi. Ini adalah sebagai maklum balas ajaran Syiah Ayatollah Kohomeini, yang diambil oleh belia Islam pada lewat abad ke-20.
“Di awal tahun pada abad ke 21, benih sikap tidak bertoleransi semakin berakar dalam masyarakat. Mereka mencambahkan pergerakan yang mengajar untuk membenci bukan Islam dan menbentuk kumpulan asas yang akan mengganggu pembentukan undang-undang syariah dan melancarkan jihad yang kejam.”
“Perkembangan ini turut digambarkan di tempat lain di dunia Islam dan komuniti Islam merentasi Eropah dan mereka dipacu oleh serangan ke atas Washington DC dan New York pada 2011.”
Vatikiotis berkata, “untuk memancing undi” ahli politik mendapati menggunakan politik identiti yang merupakan “cara terbaik untuk menang”.
Di Malaysia, perkiraan dibuat oleh Umno yang memerintah untuk mempertahankan kelemahan mereka yang menjurus kepada ketaksuban agama. Ini telah menimbulkan hubungan masyarakat dan sedikit demi sedikit menjejaskan tradisi pluralisme yang menopang kestabilan di negara ini.”
Vatikiotis berkata perlu ada kesedaran tentang ancaman terhadap pluralisme dan pengaruh politik demokrasi yang tidak terkawal.
“Institusi perlu mewujudkan kod etika yang memantau ucapan kebencian dan meneguhkan sokongan terhadap perlindungan undang-undang perlembagaan terhadap kepelbagaian dan toleransi.”
Kebangkitan fundamentalisme keagamaan di rantau Asia Tenggara disebabkan oleh kebimbangan ekonomi dan sosial, kata Vatikiotis.
“Kamu mempunyai pertumbuhan ekonomi yang baik tetapi dalam suasana yang tegang. Benda yang boleh diramal adalah apabila rakyat tinggal di kampung. Kamu ada tahun yang baik atau tahun yang buruk dalam musim menuai, tetapi di bandar, kamu boleh hilang pekerjaan dan semua jadi tidak selamat.”
“Singapura bangkit dalam kristianisasi kerana rakyatnya bimbang tentang masa depan. Jadi kamu akan ke gereja, masjid atau kuil. Dan ini berlaku di kawasan bandar di Asia Tenggara.
“Mereka yang ekstremis kana mengambil kesempatan dan mengeksploitasi mereka. Hanya sebilangan kecil yang akan menjadi radikal dan ekstremis. Majoriti akan mencari perlindungan dalam bentuk agama sebagai cara untuk mengatasi ketidakpastian.”
“Sangat penting untuk meningkatkan keselamatan kerana orang akan melalui rantau ini untuk menuju ke kawasan yang mereka boleh sebarkan radikalisme dan ekstremisme,” katanya.
Sementara itu, Alissa Wahid dari Institut Gusdur berkata arabisasi Islam di rantau ini merupakan cara fundamentalis agama menunjukkan kekuasaan mereka.
“Kita tahu kekuatan Indonesia adalah bertumpu di Jawa dan Jakarta,” katanya ketika bercakap pada forum berkenaan.
“Jadi mereka yang berada di bahagian lain di Indoneesia merasakan mereka dilayan secara tidak adil dan kurang peluang masa depan. Bagi kebanyakan orang. Ini dimainkan oleh ekstremis.
Alissa berkata kumpulan politik daerah akan menyokong fundamentalis agama untuk mendapatkan sokongan.
“Sebagai contoh, (mereka akan katakan) “Demokrasi merupakan apa yang bukan Islam rancang untuk musnahkan umat Islam, walaupun di negara yang majoritinya Islam.”
“Lihat di Indonesia, lihat pada orang yang baik, mereka semua beragama Islam. Dan mereka masih lagi miskin kerana demokrasi memberikan lebih peluang ekonomi kepada bukan Islam,” katanya. – 3 September, 2017.
Komen