HAKIM korup bukan satu-satunya pihak bertangunggjawab menipu kerajaan kerana peguam mewakili pihak swasta juga perlu membantu mereka, kata peguam.
Wujud juga syak yang kronisme badan kehakiman berlaku dalam pemilihan dan kenaikan pangkat hakim, kata mereka.
Peguam yang dihubungi The Malaysian Insight berkata, tidak ada penyelesaian segera untuk gejala korupsi itu, dan beberapa tindakan segera perlu diambil bagi menghapuskan akar umbi masalah.
Peguam Haniff Khatria Abdullah berkata masalah itu bukan hanya terletak kepada hakim tetapi juga peguam.
“Peguam juga main peranan dalam kerosakan ini, Tidak mungkin yang kehakiman boleh (menipu kerajaan) tanpa pihak lain muncul di mahkamah,” katanya kepada The Malaysian Insight.
“Jadi, jika ada sebarang salah laku, peguam di mahkamah lah (yang terlibat). Ahli Badan Peguam perlu rasa malu.”
Haniff berkata masalah bermula kerana tidak ada pengasingan kuasa antara Kabinet, kehakiman dan Parlimen.
Katanya, masyarakat gagal menyedari yang setiap cabang kerajaan itu perlu bersifat bebas.
“Jika tidak semua orang akan fikir mereka sebenarnya tolong sesama sendiri untuk memastikan sistem tak berubah. Ketika itulah sistem akan jadi kotor,” kata Haniff yang merupakan peguam Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan baharu sahaja dilantik sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang.
Beliau mengulas afidavit dikeluarkan pada Khamis oleh Hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer yang menuduh hakim Mahkamah Persekutuan membantu syarikat swasta menipu kerajaan dengan memihak kepada mereka dalam kes-kes tertentu.
Afidavit itu adalah untuk menyokong permohonan peguam Sangeet Kaur Deor untuk mengisytiharkan ketua hakim gagal mempertahankan integriti dan kewibawaan badan kehakiman dalam dua kejadian didakwa berlaku campur tangan- rayuan hasutan mendiang ayahnya Karpal Singh dan kes penukaran agama Indira Ghandi. – 16 Februari, 2019.
Komen