Ia pertembungan PH lawan BN dan sekutunya PAS, kata Guan Eng


Looi Sue-Chern

WALAUPUN PAS menarik diri daripada Pakatan Harapan, pertandingan pada pilihan raya umum akan datang masih lagi antara pakatan pembangkang dan parti memerintah Barisan Nasional, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Ini kerana PAS sudah menjadi “sekutu” kepada BN, katanya yang juga ketua menteri Pulau Pinang.

“Walaupun dalam pertembungan tiga penjuru, ia jelas bahawa PAS bersama dengan Umno. Sebenarnya, ianya adalah pertembungan satu lawan satu antara BN dan sekutunya PAS dengan PH,” katanya kepada pemberita di Pulau Pinang.

Minggu lalu, PH memutuskan untuk tidak mengadaan perbincangan dengan PAS mengani kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14, dan ini bermakna parti komponen pembangkang DAP, PKR, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan berdepan dengan kedua-dua PAS dan BN untuk kerusi bagi mendapatkan Putrajaya.

Sebelum ini, terdapat kumpulan dalam PKR yang cuba mendekati PAS untuk berbincang bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru, terutamanya di negeri di bawah PKR Selangor, di mana PAS mewakili 13 kerusi.

PKR terbuka untuk berbincang dengan PAS, namun parti Islam itu tidak berminat dan dilihat semakin condong kepada Umno menyebabkan perpecahan dalam parti dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan parti PH yang lain.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang dilaporkan sering berhubung dengan presiden Umno yang juga Perdana Menteri Najib Razak – iaitu orang yang bertanggungjawab memutuskan sama ada untuk jadikan musuh tradisi kepada rakan.

Bagaimanapun PAS menafikan sebarang perbincangan dengan Umno, timbalan presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menyangkal dakwaan mereka mengadakan rundingan dengan Umno untuk merampas Selangor daripada PH dan mendakwanya sebagai “fitnah besar”.

Lim berkata PAS, yang akan bersendirian pada PRU14, tiada harapan untuk menubuhkan kerajaan pada kedua-dua peringkat negeri dan persekutuan.

“Tetapi mereka ambil jawatan ini. PH tiada masa berikutan pilihan raya akan diadakan tidak lama lagi. Kita mesti bersedia dan jika tidak kita hanya akan merugikan sumber dan mengelirukan pengundi.

“Kita mesti biarkan rakyat jelas dalam memilih sama ada untuk mengundi PH atau BN,” katanya.

Lim turut menyelar PAS sebelum ini yang akan kekal bertanding, walau dalam kawasannya. Pemimpin DAP itu merupakan Adun Air Putih dan ahli Parlimen Bagan.

“Sebagai pembangkang, kita fokuskan kepada sumber kita yang boleh menang. Bagi DAP kita tidak kekalkan kerusi yang kita tiada peluang.

“Jadi PAS, yang mahu bertanding di banyak kerusi, walaupun kerusi di mana mereka tiada harapan untuk mendapatkan kembali deposit, mesti mempunyai kewangan yang kukuh,” katanya.

PAS memutuskan hubungan politik dengan DAP pada 2015, menyebabkan perpecahan dalam pakatan pembangkang sebelum ini, Pakatan Rakyat. PAS kemudiannya memutuskan kerjasama dengan PKR pada Mei lalu. – 3 September, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen