AMERIKA Syarikat (AS) melancarkan serangan udara menyasarkan kumpulan Al-Qaeda di selatan Libya pada Rabu malam.
Serangan di bandar Ubari, kira-kira 900km selatan ibu negara itu diselaraskan oleh Kerajaan Perjanjian Negera (GNA) yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata jurucakap Presiden Fayez al-Sarraj, Mohamad al-Sallak.
Katanya, ia menyasarkan beberapa anggota militan Al-Qaeda, namun enggan mengulas lanjut.
Libya dibelenggu keganasan susulan pertelingkahan antara pihak yang ingin menguasai pentadbiran semenjak penggulingan dan pembunuhan diktator, Moamer Kadhafi pada 2011.
NA dibentuk berikutan perjanjian yang disokong PBB pada Disember 2015, namun ia terpaksa bertungkus lumus untuk menguasai seluruh Libya.
Tahun lepas pada Ogos seorang anggota IS yang menurut sumber bekas ketua militan tempatan dipercayai berjaya dihapuskan.
Tentera AS sentiasa melakukan serangan udara di Libya terhadap Al-Qaeda dan kumpulan Negara Islam.
Pada Jun pula AS mendakwa membunuh empat IS berhampiran bandar utara Bani Walid.
Sementara itu, pada Mac lepas Pentagon mengesahkan seorang pembantunya Al-Qaeda dan satu lagi anggota militan terbunuh. – Bernama, 15 Februari, 2019.
Komen