SETIAUSAHA Pejabat timbalan ketua Setiausaha Jabatan Perbendaharaan (TKSP) direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima suapan bernilai RM1.5 juta pada akhir tahun lalu.
Wanita berusia 39 tahun itu dipercayai meminta suapan bernilai RM1.5 juta daripada wakil syarikat ejen hartanah sebagai dorongan untuk meminta persetujuan TKSP terbabit bagi meluluskan tender penjualan hartanah milik kerajaan di Hong Kong.
Difahamkan, wanita itu yang juga suspek utama, sudah menerima sebahagian daripada wang suapan.
Sumber itu juga tidak menolak kemungkinan akan ada individu lain lagi dipanggil untuk memberi keterangan.
Suspek ditahan agensi anti rasuah di Kementerian Kewangan pada jam 6.56 petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Perintah reman bermula hari ini hingga 19 Februari ini, dikeluarkan Majistret Ahmad Afiq Hasan, di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas membenarkan7 permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Suspek tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya kira-kira jam 9 pagi dengan berbaju lokap SPRM dan bergari.– 15 Februari, 2019.
Komen