Walau ekonomi dijangka stabil, tapi pengguna takut berbelanja


Ragananthini Vethasalam

Ekonomi Malaysia dijangka stabil tahun ini, tetapi sentimen pengguna diramal terus lemah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Februari, 2019.

SENTIMEN pengguna akan terus lemah kerana masih ramai pengguna tiada faktor rasa selesa dan enggan membuat pembelian lebih banyak tahun ini, kata pakar ekonomi.

Situasi ini wujud walaupun pertumbuhan ekonomi dijangka berada dalam keadaan selesa pada 2019.

Felo Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (Mier) Dr Shankaran Nambiar memberitahu The Malaysian Insight yang jangkaan akar umbi mungkin tidak selari dengan cerita rasmi pertumbuhan Malaysia.

 “Sentimen pengguna mungkin terus jatuh. Indeks sentimen pengguna Mier untuk 4Q 2018 (suku keempat 2018) adalah 96.8, bawah daripada kadar 100 (100 dan ke atas adalah positif).

“Bukan hanya penilaian pengguna kepada situasi semasa bercanggah, jangkaan mereka untuk enam bulan lagi juga lebih rendah berbanding suku sebelumnya.

“Indeks persekitaran perniagaan Mier untuk tempoh sama juga bawah 100, berada pada tahap 95.3,” katanya.

Tambahnya, kerajaan ada tugas besar mengembalikan sentimen keyakinan pengguna.

“Memandangkan kita menjangkakan pertumbuhan perlahan dan jangkaan juga rendah, banyak yang perlu dilakukan untuk mengembalikan semula sentimen.

“Mengapa? Kerana kita bergantung kepada permintaan tempatan- dan ia hanya boleh datang dengan jangkaan lebih positif dirasai oleh orang kebanyakan.” – 15 Februari, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen