Wartawan Filipina kritik Duterte dibebas dengan jaminan


Penahanan wartawan Maria Ressa mencetuskan krtikan antarabangsa terhadap kepimpinan Presiden Rodrigo Duterte.– Gambar EPA, 14 Februari, 2019

WARTAWAN Filipina Maria Ressa dibebaskan dengan ikat jamin pada Khamis susulan penahanannya yang mencetuskan kritikan antarabangsa dan dakwaan beliau menjadi sasaran berikutan laporannya yang mengkritik Presiden Rodrigo Duterte. 

Ressa, 55 ditahan semalaman selepas pihak berkuasa menahan wartawan veteran popular itu di pejabatnya di Manila pada Rabu kerana memberi tekanan kepada kerajaan menerusi laman webnya Rappler. 

Laman web berkenaan dan Ressa berdepan dakwaan lari dari cukai dan kini kes fitnah setelah berulang kali menghentam Duterte berhubung tindakan banteras narkotiknya yang menyebabkan ribuan orang terbunuh. 

“Mesej yang diberikan oleh kerajaan adalah jelas…diam atau kamu akan jadi yang seterusnya,” kata Ressa kepada pemberita di perkarangan mahkamah Manila. 

Dia dikenakan bon sebanyak 100,000 peso (AS$1,900), kali keenam sejak Disember dia telah membayar jaminan atas kes kerajaan.

“Saya merayu kepada kamu agar jangan berdiam diri, walaupun—dan terutamanya jika—kamu adalah yang seterusnya,” tambah Ressa , yang dinamakan oleh majalah Time sebagai Tokoh tahunan pada 2018 bagi hasil kewartawanannya. – AFP, 14 Februari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen