Airbus akan hentikan pengeluaran pesawat A380 


Pesawat superjumbo A380 merupakan pesawat penumpang terbesar di dunia yang mana kos pembinaannya terlalu tinggi dan harganya mahal untuk dimiliki oleh syarikat penerbangan. – Gambar EPA, 14 Februari, 2019

SYARIKAT pengeluar pesawat gergasi Airbus pada Khamis berkata, pihaknya akan menghentikan pengeluaran pesawat superjumbo A380, iaitu pesawat dua tingkat yang menerima banyak pujian daripada penumpang, namun gagal menarik syarikat penerbangan untuk membelinya kerana kosnya yang tinggi.

Syarikat itu mengumumkan ia akan menghentikan penghantaran pesawat superjumbo itu selepas lebih kurang sedekad beroperasi, berikutan keputusan oleh pelanggan terbesar A380, Emirates yang berpangkalan di Dubai, untuk mengurangkan jumlah tempahannya kepada 39 pesawat.

Ia sekaligus menamatkan taruhan bagaimana jutaan penumpang menggunakan penerbangan pada masa akan datang, yang mana syarikat penerbangan mampu membawa antara 500 hingga 850 penumpang dalam satu masa.

“Tanpa Emirates, Airbus tidak mempunyai tempahan yang besar dan tiada asas lagi untuk mengekalkan pengeluaran A380 selepas 2021,” kata Guillaume Faure, yang mengambil alih sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Airbus dari Tom Enders pada musim bunga ini, dalam persidangan dengan penganalisis.

Airbus mencatatkan 321 pesanan untuk superjumbo, yang berharga harga AS$446 juta - walaupun syarikat itu sering menawarkan banyak diskaun. – AFP, 14 Februari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen