Situasi di Yaman makin buruk, kata PBB 


Rakyat Yaman berdepan ancaman kebuluran berikutan pergolakan antara pasukan tentera pro kerajaan dan pemberontak Huthi sejak 2015.– Gambar EPA, 14 Februari, 2019

SITUASI di negara bergolak Yaman yang berdepan krisis kemanusiaan terbesar di dunia, semakin buruk, kata Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu pada Khamis. 

Sejak 2014, kerajaan Yaman yang disokong Arab Saudi berdepan pemberontak Huthi yag mendapat sokongan Iran dalam konflik yang membawa kepada ancaman kebuluran di negara itu. 

“Krisis kemanusiaan di Yaman kekal sebagai yang terburuk di dunia,” kata pejabat PBB dalam satu kenyataan. 

“Dianggarkan 80% daripada populasi—24 juta—memerlukan satu bentuk bantuan kemanusiaan, atau bantuan perlindungan, termasuk 14.3 juta yang sangat memerlukan rawatan. 

“Keperluan mendesak semakin parah, dengan bilangan orang yang dijangkiti penyakit meningkat 27% lebih tinggi berbanding tahun lepas.”

Kenyataan tu berjatam dua pertga daripada penduduk di negara itu sudah pun “diambang kebuluran”, manakala satu pertiga daripadanya berdepan wabak penyakit. 

Konflik antara pemberontak Huthi dan tentera pro-kerajaan tercetus pada Mac 2015, apabila Presiden Abedrabbo Mansour Hadi melarikan diri ke Riyadh dan campur tangan pakatan tentera yang diketuai Arab Saudi menentang pemberontak. – AFP, 14 Februari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen