Kebakaran kilang New Delhi belum dapat dipadam 


Lebih banyak jentera bomba dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran di barat daya kawasan perindustrian Naraina.– Gambar EPA, 14 Februari, 2019

KEBAKARAN di sebuah kilang di barat daya kawasan perindustrian Naraina pada Khamis pagi masih belum dapat dipadamkan dan lebih banyak jentera bomba dikejarkan ke lokasi kejadian, menurut Jabatan Bomba Delhi.

Tiada kematian atau kecederaan dilaporkan setakat ini.

“Kebakaran semakin serius dan usaha memadam serta mengawal api daripada merebak masih dijalankan,” kata seorang pegawai bomba ketika dihubungi Xinhua.

Menurut laporan media, kilang itu mengeluarkan barangan hadiah seperti kad ucapan dan minyak wangi milik jenama “Archies”.

Laporan terbaru mengatakan sekurang-kurangnya 30 jentera bomba kini berada di lokasi kejadian.

Dua hari lalu, 17 orang maut dalam kebakaran di sebuah hotel di kawasan tengah Karol Bagh di Delhi. – Bernama, 14 Februari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen