INKUES kematian Muhammad Adib Mohd Kassim mula mendapat momentumnya selepas seorang saksi mendakwa melihat Adib ketika rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman Seafield, di Subang Jaya, Selangor, November lepas.
Pelatih krew penerbangan AirAsia Amirul Adli Yussli memberitahu Mahkamah Koroner Shah Alam yang beliau melihat anggota bomba itu duduk di tepi jalan berhampiran kuil dan menggenggam erat dadanya ketika rusuhan.
Saksi keempat itu berkata beliau mendengar orang sekeliling mengatakan Adib mungkin dipukul tetapi beliau tidak nampak sebarang tanda cedera pada anggota bomba berusia 24 tahun itu.
Amirul memberitahu koroner yang beliau tidak dapat membantu Adib kerana keretanya rosak, dilanggar trak bomba yang berundur.
Beliau kemudiannya melihat sekumpulan lelaki membawa Adib pergi, membuat andaian yang mungkin ke hospital.
Hari ini, Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya Badrul Hisham Salem dijangka meneruskan keterangannya.
Semalam, beliau memberitahu tiada komunikasi berlaku antara trak bomba dan van Emergency Medical Response Services (EMRS) dinaiki Adib ketika rusuhan itu berlaku.
Katanya, kawasan berhampiran kuil adalah “blindspot” dan alat komunikasi mereka terputus hubungan.
Badrul mengatakan itu adalah sebab mengapa mereka tidak dapat menghubungi Adib atau rakan sekerjanya dalam EMRS itu.
Katanya, mereka hanya menyedari Adib hilang apabila tiba di Balai Polis USJ 8 untuk membuat laporan mengenai kejadian itu.
The Malaysian Insight membawakan lintas langsung prosiding hari ini:
4.00pm: Ketika orang ramai menghampiri trak itu, Sharol berkata mendengar ada orang yang memberi arahan untuk menyerang mereka.
“Ya, saya mendengar mereka menjerit ‘jangan padam, pukul Bomba.”
Peguam keluarga Adib Kamaruzaman bertanya apa yang dirasakannya pada masa itu.
Sharol berkata beliau khuatir tentang keselamatan dirinya
Inkuiri berakhir dan akan disambung esok.
3.45pm: Shahrul yang berjaya kembali ke kenderaan berkata EMRS dikelilingi beberapa individu ketika trak itu berundur ke tepi semasa rusuhan.
DPP bertanya Shahrul sama ada mereka masih menyerang van.
Shahrul berkata beliau tidak pasti tetapi dapat mendengar masih terdapat kekecohan.
3.30pm: Shahrul yang masih berada di lokasi kejadian ketika orang ramai mendekati berkata mereka diberi amaran agar tidak memadamkan kebakaran dan akan dipukul jika tidak berbuat demikian.
DPP bertanya Shahrul berapa kali orang ramai di situ memberi amaran kepada mereka.
Beliau berkata beberapa kali.
DPP bertanya sama ada beliau melihat mereka yang memberi amaran itu.
Beliau berkata tidak.
3.05pm: Inkues bersambung semula dengan saksi ahli bomba Mohd Sharol Anuar Kamarudin dipanggil memberi keterangan.
DPP bertanya apa yang berlaku ketika mereka tiba di tempat kejadian.
Shahrul berkata apabila tiba, beliau melompat keluar dari trak dan didatangi oleh tiga orang.
“Mereka mempunyai tiang sepak takraw, rod panjang yang kelihatan seperti pedang samurai.”
DPP meminta Shahrul berapa orang yang berada di sana dan beliau memberitahu terdapat kira-kira 100 orang.
1.15pm: Peguam Shazlin Masor yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bomba dan keluarga Adib bertanya jika ada polis apabila mereka tiba di kawasan kejadian.
Hazim berkata tidak ada.
Shazlin bertanya Hazim adakah kerana tiada polis menyebabkan ada perusuh yang meluru ke arah van tersebut.
Hazim jawab ya.
Shazlin bertanya Hazim ketika beliau berada dalam van, adakah beliau dapat lihat mereka yang berada di kerusi pemandu dan penumpang hadapan.
Hazim berkata beliau tak dapat lihat kerana ada halangan dan hanya ada bukaan cermin gelap bersaiz A4.
“Saya juga tak nampak di luar kerana tingkap bercermin gelap dan dihalang oleh stiker EMRS.”
Inkues berhenti rehat makan tengahari.
1.05pm: Peguam keluarga Adib bertanya Hazim sama ada beliau nampak pintu Adib terbuka ketika hendak naik ke van EMRS.
Hazim berkata pintu Adib tutup ketika beliau hendak masuk ke dalam van.
“Saya sangat pasti Adib di luar van ketika saya masuk, saya tentu perasan kerana dia tentu pakai uniform.
“Saya juga tidak nampak dia di luar van.”
Timbalan pendakwa raya bertanya adakah topi keledar ada di dalam van ketika ia berpusing.
Beliau menjawab ya.
12.55pm: Peguam keluarga Adib bertanya kepada Hazim jika ada terdengar sesiapa cuba membuka pintu ketika beliau bersembunyi di dalam van EMRS itu.
Hazim berkata beliau tidak pasti apa yang sedang berlaku di luar.
Peguam bertanya ketika beliau di belakang, adakah beliau cuba bercakap dengan mereka yang ada di depan (pemandu dan penumpang van EMRS).
Hazim berkata tidak kerana ada pengadang antara mereka.
12.40 pm: Peguam keluarga Adib bertanyakan Hazim berapa banyak panggilan kecemasan mereka terima.
Katanya, terdapat dua panggilan kecemasan tentang kereta terbakar di kuil itu.
Peguam bertanyakan Hazim tentang kenyataan awalnya mengatakan beliau dikejar dan mengapa andaian ini dibuat.
Hazim berkata, ada orang yang mengetuk trak bomba dan seorang daripada kumpulan tersebut berlari ke arahnya.
“Kerana itulah saya andaikan dia kejar saya dan berlari ke van untuk selamatkan diri.”
12.25pm: DPP bertanyakan Hazim mengapa beliau ke EMRS.
Hazim berkata beliau merasakan nyawanya terancam dan kerana itu beliau bersembunyi dalam van.
DPP bertanya apakah yang berlaku bila mereka sampai di balai polis.
Hazim berkata sebaik sampai, pemandu van, Shahril, terkejut melihatnya.
“Dia terkejut dan tanya saya mana Adib. Saya kata tak tahu.”
“Bila kami buat roll call, dia juga tidak ada.”
12.15 pm: DPP bertanyakan Hazim adakah Adib meninggalkan van dan berdiri di sebelah kiri van tersebut.
Hazim berkata Adib berada dalam van.
“Ya, dia tak tinggalkan van.”
DPP bertanya apa yang berlaku ketika van berundur dan adakah beliau rasa ia bergegar.
Hazim berkata ketika itu beliau dengar bunyi bising dan van digegarkan.
“Saya rasa van berpusing dan cermin belakang pecah.”
12.05pm: DPP bertanya Hazim jika beliau tahu mengapa van berundur.
Katanya, beliau hanya merasakan van itu berundur.
DPP bertanyakan apakah keadaan pintu van sebelum dia masuk dan adakah pintu kiri masih ada.
Hazim berkata, pintu van dalam keadaan tertutup dan beliau perlu membukanya untuk masuk.
11.55 am: DPP bertanyakan Hazim apakah yang dibawa penyerang ketika menyerang trak bomba.
Katanya, mereka membawa tiang sepak takraw, pedang samurai, kayu dan batu.
DPP bertanya berapa ramai membawa tiang.
Hazim menjawab hanya seorang.
DPP bertanya ketika penyerang meluru ke trak bomba, apakah yang dikatakan mereka.
Hazim menjawab tiada.

11.45 am: DPP bertanya apa yang mereka lihat sebaik sahaja tiba di tempat kereta terbakar itu.
Hazim berkata beliau turun untuk mendapatkan gelung hose air dan ada sekumpulan orang yang bekejar ke arah trak tersebut dari kuil.
“Saya nampak ada orang dengan senjata pergi ke depan trak.
“Ada orang kejar saya dan saya lari ke arah van EMRS. Saya buka pintu kiri dan masuk bersembunyi dalam van.
“Saya berbaring di sebelah pengusung.”
11.25 am: DPP bertanyakan Hazim tentang operasi mereka pada 26 November.
Hazim berkata mereka mendapat panggilan kecemasan pada jam 10.53 malam yang terdapat kebakaran berhampiran Plaza Tol USJ Hicom.
“Pasukan ke sana dan kemudian kami padamkan api. Habis sahaja, kami pulang ke stesyen.”
DPP bertanya apa yang berlaku selepas itu.
Katanya, pasukan mendapat panggilan kecemasan tentang kereta terbakar berhampiran kuil pada jam 1.02 pagi dan pasukan memberikan responds bergerak ke kawasan kejadian.
11.15 am: Inkues bersambung dengan saksi kelima, anggota bomba Mohd Hazim Mohd Rahimi dipanggil ke kandang saksi.
Timbalan pendakwa raya (DPP) bertanyakan kepada Hazim apakah peranannya sebagai anggota bomba dan tugasnya ketika hari rusuhan.
Katanya, beliau adalah pemadam kebakaran pasukan.
DPP bertanya adakah beliau terlibat dalam operasi memadakam kebakaran di kuil itu pada 26 November lalu.
Jawabnya, beliau adalah sebahagian anggota pasukan yang dikejarkan ke tempat kejadian. – 14 Februari, 2019.
Komen