Pedofilia Colombia seksa 276 kanak-kanak dipenjara 60 tahun


SEORANG lelaki yang melakukan serangan seksual terhadap 276 kanak-kanak dan remaja di Colombia dan kemudian menjual video itu kepada pedofilia lain dijatuhkan hukuman penjara 60 tahun, semalam.

Juan Carloz Sanchez memilih mangsanya di pusat beli-belah di bandar Barranquilla, menawarkan mereka wang untuk menemaninya ke beberapa tempat di mana dia kemudian menyerang mereka, dan berkongsi gambar rakaman itu di Internet.

 Sanchez berusia lewat 30-an dikenali dengan nama samaran “Fierce Wolf”, ditahan di penjara La Picota di Bogota, selepas mengaku bersalah melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak bawah umur dan membuat pornografi kanak-kanak.

“Hakim menjatuhkan hukuman penjara 60 tahun ke atas Juan Carloz Sanchez,” kata pendakwa raya, menambah itu hukuman maksimum bagi kesalahan mendera kanak-kanak bawah umur di Colombia.

Sanchez ditahan pada November lalu ketika menyeberangi sempadan di Venezuela. Pihak berkuasa Colombia mengeluarkan waran tangkap selepas mendapat maklumat daripada polis Mexico yang menahan seorang pelanggan menghantar ratusan video oleh Sanchez.

Polis Colombia berkata mungkin ada lebih ramai mangsa di Venezuela yang belum dapat dikenal pasti. – AFP, 14 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen